Pencemaran Beijing melonjak 35 kali ganda

Pencemaran Beijing melonjak 35 kali ganda

BEIJING, 1 Dis (Agensi) – Sekolah-sekolah di Beijing diarahkan supaya tidak membiarkan para pelajar berada di luar hari ini selepas pencemaran udara yang tidak pernah dicatatkan sebelum ini di bandar China melonjak 35 kali ganda daripada tahap keselamatan.

Peningkatan pencemaran adalah peringatan tentang cabaran persekitaran teruk China ketika Presiden Xi JInping menyertai para pemimpin dunia lain di persidangan iklim Paris.

Kilang dan tapak-tapak binaan diarah mengurangkan kerja selepas kerajaan bandar itu pada Ahad lalu mengeluarkan amaran pertama jingga – kedua tertinggi dari tahap empat amaran – dalam tempoh hampir dua tahun.

Semalam, kepekatan partikel bawaan udara lebih kecil dari 2.5 mikron dalam diameter, atau PM2.5, memuncak pada 900 mikrogram setiap meter padu.

Jarak penglihatan turun kepada beberapa ratus meter, yang mengakibatkan bangunan-bangunan membayang dalam kekaburan. Orang ramai merungut tentang bau asap dan ramai memakai topeng muka.

Barisan kenderaan dilihat mengharungi asbut yang teruk di Beijing, China, pada 1 Disember 2015. – Reuters
Barisan kenderaan dilihat mengharungi asbut yang teruk di Beijing, China, pada 1 Disember 2015. – Reuters

“Saya merasakan paru-paru saya tersekat,” kata Xu Pengfei, seorang pengawal keselamatan di bangunan pejabat pusat bandar. “Kami terpaksa berdiri di tempat terbuka berjam-jam lamanya sehari, dan pencemaran benar-benar menjejaskan kami.”

Bandar-bandar China adalah antara yang paling kotor di dunia selepas ledakan pertumbuhan ekonomi selama tiga dekad yang membawa kepada pembinaan beratus-ratus kilang tenaga berkuasa arang batu dan merebaknya pemilikan automobil.

Para pemimpin komunis telah mengetatkan standard pengeluaran dan sedang melabur dalam tenaga solar, angin dan yang boleh dibaharui. Tetapi negara itu masih bergantung pada arang batu bagi lebih 80 peratus tenaganya.

Ujian mendapati pembakaran arang batu dipersalahkan bagi peningkatan pencemaran terbaru, lapor surat khabar rasmi, Agensi Berita Xinhua, dengan merujuk Zhang Dawei, ketua pusat pengawasan persekitaran bandar itu.

Permintaan tenaga melonjak disebabkan cuaca sejuk luar biasa pada bulan November. Bagi kebanyakan tempoh bulan itu, bandar itu berterusan diselubungi asbut.

ARTIKEL YANG SAMA