Pencemaran laut jejaskan 200,000 orang

Pencemaran laut jejaskan 200,000 orang

HANOI, Vietnam, 29 Julai – Kerajaan Vietnam berkata pencemaran toksik syarikat yang dipunyai oleh Taiwan telah mengakui pembuangan sisa dari kompleks kelulinya telah menjejaskan mata pencarian kepada lebih daripada 200,000 orang, termasuk 41,000 nelayan.

Pencemaran daripada satu unit Kumpulan Plastik Formosa juga menghancurkan pelancongan di wilayah-wilayah tengah, akhbar Thanh Nien pada hari ini memetik kerajaan sebagai berkata dalam satu laporan kepada Perhimpunan Negara.

Formosa mengakui lewat bulan lepas bahawa ia bertanggungjawab atas pencemaran itu dan berikrar untuk membayar AS$500 juta untuk kerja-kerja pembersihan dan membayar ganti rugi orang-orang yang terjejas.

Satu anggaran 115 tan ikan hanyut ke pesisiran pantai di sepanjang lebih daripada 200 kilometer (125 batu) di pantai tengah Vietnam, laporan itu berkata menambah 140 tan ikan yang diternak dan 67 tan kerang yang diternak telah mati.

Insiden-insiden itu mencetuskan bantahan yang jarang berlaku di negara itu.

Penduduk setempat mengebumikan ikan-ikan mati di persisiran pantai yang disebabkan oleh pencema-ran air. - AP
Penduduk setempat mengebumikan ikan-ikan mati di persisiran pantai yang disebabkan oleh pencema-ran air. – AP

Satu laporan berkata kerajaan perlu belajar daripada insiden itu dan menjalankan pengawasan yang betul terhadap alam sekitar, terutamanya apabila negara itu mahu menarik lebih banyak pelabur asing berikutan penandatanganan perjanjian perdagangan 12 ahli, Perkongsian Trans Pasifik (TPP), termasuk Amerika Syarikat dan Jepun.

Laporan itu menambah kerajaan akan mula memberi pampasan kepada orang-orang yang terjejas bulan depan, dalam apa yang pegawai gelar bencana alam sekitar terburuk negara itu.

Kompleks keluli Formosa Ha Thinh yang bernilai AS$10.6 bi-lion, termasuk kilang keluli, kilang jana kuasa dan pelabuhan laut dalam, adalah salah satu pelaburan asing terbesar di Vietnam.

Ia berkata air buangan yang mengandungi toksin seperti asid sianida dan karbolik dilepaskan ke lautan ketika ujian kendalian kilang itu. – AP

ARTIKEL YANG SAMA