Pencemaran udara catat 80 peratus di bandar China

Pencemaran udara catat 80 peratus di bandar China

BEIJING, 15 Okt – Pencemaran dicatat hampir 80 peratus di bandar-bandar China yang dikaji oleh kumpulan Greenpeace ‘melebihi’ standard kebangsaan dalam masa sembilan bulan pertama tahun ini, menurut kumpulan sokongan hari ini.

Tahap purata PM2.5 partikel kecil – jumlah yang cukup kecil untuk menembusi paru-paru – di 367 buah bandar diuji juga adalah lebih daripada empat kali ganda maksimum yang disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), menurut Greenpeace.

Hampir 80 peratus di bandar-bandar tersebut melebihi standard nasional pada PM2.5, yang nyata kurang ketat daripada tanda aras WHO, meskipun peningkatan keseluruhan dari tempoh sama tahun lepas.

Penggunaan meluas arang bagi tenaga generator dan pengeluaran asap dari industri berat terutamanya di bandar-bandar China yang diselubungi asbut, berkaitan dengan ratusan ribu kematian pramasa setiap tahun.

Ia adalah sumber besar perasaan tidak puas hati dengan pemerintah parti Komunis, yang mengumumkan langkah-langkah seperti memindahkan loji tenaga, namun hanya segelintir saja dijangka bergerak pantas.

Greenpeace mengatakan paras pencemaran purata adalah kira-kira 10 peratus lebih rendah daripada tempoh masa yang sama tahun lepas.

“Walaupun kami sedang melihat peningkatan beransur-ansur, paras pencemaran udara masih lagi tidak sihat dan tidak selamat,” menurut Pengempen Tenaga dan Iklim Asia Tenggara Greenpeace, Dong Liansai.

Bandar paling tercemar adalah Kashgar dan Hotan di rantau Xinjiang barat laut China dan hab industri utara Baoding.

Pembacaan purata PM2.5 di seluruh bandar-bandar yang ditinjau adalah 47.2 mikrogram meter kubik. Jumlah maksimum WHO bagi pendedahan purata tahunan adalah 10 sementara standard tahunan China adalah 35. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA