Pencemaran udara China meningkat

Pencemaran udara China meningkat

BEIJING, 20 April (AFP) – Pencemaran udara di barat China meningkat dalam tiga bulan pertama 2016, satu laporam Greenpeace menunjukkan hari ini, sementara kebanyakan bandar di seluruh negara gagal memenuhi standard nasional.

Bandar China sering dibelenggu pencemaran teruk, dipersalahkan ke atas stesen tenaga yang menggunakan arang batu, industri berat dan penggunaan kenderaan, dan ia telah menjadi punca utama perasaan tidak puas hati dengan Parti Komunis.

Dasar kerajaan adalah berkesan dalam memindah pencemaran daripada bandar yang mempunyai penduduk padat di timur kawasan pinggir laut ke kawasan lain, kata Greenpeace.

Lima buah bandar dengan tahap zarahan tertinggi PM2.5 – cukup kecil untuk menembusi paru-paru – semuanya terletak di barat rantau Xinjiang, kawasan yang menjadi tempat tinggal kepada 10 juta penduduk Uighur di China, penduduk Islam Turkic.

Kashgar, sebuah bandar oasis lama di Jalan Silk, adalah bandar paling tercemar dengan kepadatan purata PM2.5 sebanyak 276.1 mikrogram setiap meter padu selama tiga bulan pada tahun ini, data kerajaan yang dikumpul oleh Greenpeace menunjukkan – bertambah 99 peratus pada tempoh yang sama tahun lalu.

Ia meningkat 49 peratus di bandar Hotan, juga di Xinjiang. Kepadatan purata Kashgar adalah 27 kali lebih tinggi daripada purata tahunan maksimum sebanyak 10 mikrogram setiap meter padu yang dicadangkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Ibu negara Beijing melihat tahap PM2.5 merosot 27 peratus kepada 67.7 mikrogram setiap meter padu, sementara di pusat kewangan Shanghai mereka merosot 12 peratus kepada 60 mikrogram setiap meter padu.

Beijing telah “menggubal banyak garis panduan yang mengehad pencemaran di timur yang mempunyai kesan yang tidak disengajakan iaitu menggalak industri tercemar supaya memindah pelaburan ke kawasan tengah dan barat yang masih belum tertakluk kepada kawalan yang sama,” kata Greenpeace.

ARTIKEL YANG SAMA