Pencemaran udara punca utama serangan strok

Pencemaran udara punca utama serangan strok

PARIS, 10 Jun – Pencemaran udara dikenal pasti buat kali pertama sebagai penyumbang utama kematian dan kecacatan disebabkan serangan angin ahmar, terutama di negara membangun.

Keadaan itu, daripada api masak dan asap trafik, disenaraikan sebagai antara 10 punca utama serangan angin ahmar selain risiko lain yang diketahui seperti merokok, tekanan darah tinggi dan obesiti.

Pasukan penyelidik antarabangsa menganalisis data daripada beberapa kajian lain, laporan dan statistik rasmi untuk menghasilkan model matematik menganggarkan risiko angin ahmar bagi 188 negara daripada 1990 hingga 2013. “Penemuan menarik kajian kami adalah bahagian tidak dijangka serangan angin ahmar disebabkan pencemaran udara, terutama di negara membangun,” kata penulis bersama kajian, Valery Feigin, dari Universiti Teknologi Auckland di New Zealand.

Penulis berkata, kajian mereka adalah yang pertama mengukur beban angin ahmar di dunia dari segi kehilangan kesihatan selama bertahun-tahun disebabkan kesakitan, kecacatan atau nazak disebabkan angin ahmar.

Kira-kira 15 juta penduduk dunia menderita akibat angin ahmar setiap tahun, dan enam juta daripadanya meninggal dunia dan lima juta lagi mengalami ketidakupayaan, termasuk tidak mampu melihat atau bertutur, lumpuh dan keliru. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA