Penceroboh tidak mengaku bersalah

Penceroboh tidak mengaku bersalah

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_160916_mahkamah-logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Sept – Seramai 38 warga Vietnam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, hari ini, kerana menceroboh masuk perairan Brunei untuk menangkap ikan secara haram.

Dua orang ketua kru iaitu Dang Thanh Phong, 42 dan Truong Van Dien, 29, bersama kru-kru kapal, Son Xich, 34, Danh Chi Cuong, 23, Khoe, 45, Trueng Van Ninh, 46, Tran Van Yen, 24, Nguyen Danh Han, 34, Truong Thanh Uhan, 25, Pham Van Co, 49, Tan Thanh Son, 42, Nguyen Duy Khanh, 33, Danh Tien, 36, Troung Van Huw, 36, Le Van Dieu, 31, Bui Thanh Hai, 43, Le Van Chi Linh, 21, Nguyen Ngoc Kia, 18, Huynh Thanh Kia, 38, Dang Thanh Vu, 33, Danh Nhuan, 26, Danh Thuan, 26, Danh Hay, 27, Mai Hung Cuong, 40, Nguyen Thanh Binh, 27, Duong Chi Tam, 42, Pham Ngoc Hoang, 37, Huynh Vuong Dai, 35, Lam Tuan Vu, 23, Tran Van Quang, 36, Nguyen Khac Vu, 40, Tran Nguyen Hoang Phuc, 33, Dinh Troung Xuan, 42, Le Minh Ba, 34, Le Van Ha Le, 30, Nguyen Van Phuoc, 49, Vu Minh Hai, 29 dan Danh Kiet, 22, berdepan dakwaan menangkap ikan secara haram di perairan negara ini.

Kesemua mereka didakwa melakukan kesalahan itu dalam dua kapal berasingan pada 31 Ogos 2016. Mereka didakwa mengikut Seksyen 17(1) Perintah Perikanan 2009 dan dihukum di bawah Seksyen 17(2) yang sama iaitu bagi pemilik kapal dan ketua kru ialah denda tidak melebihi $100,000, penjara untuk tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Manakala hukuman untuk setiap kru ialah denda tidak melebihi $2,500, penjara yang tidak melebihi setahun atau kedua-duanya.

Majistret Kanan Haji Nabil Daraina bin PUKDPSS Ustaz Haji Badaruddin menetapkan 29 September untuk sebutan seterusnya. Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Kamaliah binti Haji Ibrahim.

ARTIKEL YANG SAMA