Pencetus gelombang ‘boy band’ meninggal dunia dalam penjara

Pencetus gelombang ‘boy band’ meninggal dunia dalam penjara

MIAMI, 21 Ogos – Lou Pearlman, Individu yang bertanggungjawab mencetus gelombang kegilaan terhadap boy band, seperti Backstreet Boys dan ‘NSync, meninggal dunia di dalam penjara ketika menjalani hukuman 25 tahun selepas terbabit dengan skim Ponzi besar-besaran.

Orlando Sentinel melaporkan, menurut pangkalan data banduan persekutuan, Pearlman, 62 meninggal dunia pada Jumaat lalu. Bagaimanapun, punca kematian masih tidak diketahui.

Skim Ponzi menerusi syarikat miliknya Trans Continental terbongkar pada 2006 dan beliau disabit atas kesalahan penipuan pada 2008.

Beratus-ratus pendakwaan difailkan membabitkan kes usahawan itu termasuk oleh Backstreet Boys. Penyanyi kumpulan ‘NSync, Lance Bass dalam tweet beliau berkata #LouPearlman sudah meninggal dunia.

Dia mungkin bukan seorang ahli perniagaan yang berpendirian, tetapi saya tidak mungkin dapat melakukan apa yang saya suka hari ini tanpa pengaruhnya. “Bersemadi dengan aman Lou.” – AP

Gambar fail pada 15 Jun 2007 menunjukkan Lou Pearlman dibawa ke dalam sebuah van di Yigo, Guam. Pearlman meninggal dunia di dalam penjara ketika menjalani hukuman 25 tahun selepas terbabit dengan skim Ponzi besar-besaran. – AP