Pencetus inspirasi generasi berwawasan

Pencetus inspirasi generasi berwawasan

Oleh Anwar Rosly

Gambar oleh Infofoto

 

KUALA BELAIT – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam baru-baru ini berkenan berangkat ke Daerah Belait bagi menghadiri acara Majlis Beramah Mesra dan Junjung Ziarah Bersama Rakyat sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda ke-69 yang berlangsung dengan penuh ciri-ciri berwawasan, berinspirasi dan beraja.

Berangkat sama ke majlis berkenaan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik.

Kesunyian kedai-kedai dan syarikat-syarikat yang menutup perniagaan mereka pada pagi itu jelas sekali melihat segala acara bertumpu di Padang Bandaran, Kuala Belait, dengan laungan mesra kedengaran dari setiap sudut, menantikan ketibaan raja yang dikasihi oleh rakyat jelata.

Dianggarkan tiga ribu penuntut dan murid-murid sekolah dari pelbagai institusi pengajian tinggi dan juga sekolah-sekolah di Daerah Belait turut menunggu di tepi jalan dengan penuh kesabaran bagi melihat keberangkatan tiba Baginda Sultan melintasi dengan ribuan bendera-bendera kecil yang berkibar-kibar oleh pera pelajar, pengawas sekolah dan tidak ketinggalan para pengunjung.

pgm2_150824_a

pgm2_150824_b

Dalam acara bercemar duli itu, keriangan dan kegembiraan dapat dilihat pada wajah-wajah ceria penduduk di daerah berkenaan.
Dalam acara bercemar duli itu, keriangan dan kegembiraan dapat dilihat pada wajah-wajah ceria penduduk di daerah berkenaan.

pgm8_150824_d

pgm8_150824_h

Raja yang disayangi

Di sebalik kehadiran 3,000 penuntut sekolah dan bilangan tersebut ditambah lagi kepada lebih tiga ribu penduduk yang lain turut sama menghadiri Majlis berkenaan, di antaranya ialah daripada persatuan-persatuan badan bukan kerajaan, dan sektor-sektor kerajaan serta sektor swasta yang bercawangan di daerah ini yang mana turut datang semata-mata untuk berziarah dan menunjukkan cinta mereka kepada raja yang mereka sayangi.

Angka itu juga termasuk 769 orang peserta persembahan yang terdiri daripada pelajar dan penuntut serta murid dari maktab-maktab, sekolah-sekolah menengah dan rendah kerajaan dan swasta, ahli-ahli majlis perundingan kampung, lepasan pelatih-pelatih Program Khidmat Bakti Negara (PKBN) dan persatuan-persatuan bukan kerajaan di daerah ini yang sama-sama hadir bagi memberikan persembahan pentas yang bersemangat dalam memeriahkan lagi majlis tersebut.

Persembahan bersemangat daripada kalangan belia-belia Brunei.
Persembahan bersemangat daripada kalangan belia-belia Brunei.
Persembahan dimeriahkan dengan konsep gabungan pelbagai genre iaitu persembahan pantun, bicara berirama, pidato yang diserikan dengan muzik tradisi dan kontemporari yang memberi fokus dan gambaran tentang raja yang menjadi inspirasi kepada generasi Negara Brunei Darussalam.
Persembahan dimeriahkan dengan konsep gabungan pelbagai genre iaitu persembahan pantun, bicara berirama, pidato yang diserikan dengan muzik tradisi dan kontemporari yang memberi fokus dan gambaran tentang raja yang menjadi inspirasi kepada generasi Negara Brunei Darussalam.
Pelajar sekolah membarisi jalan raya menunggu ketibaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia bercemar duli dalam Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah Daerah Belait.
Pelajar sekolah membarisi jalan raya menunggu ketibaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia bercemar duli dalam Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah Daerah Belait.

Persembahan tersebut dimeriahkan dengan konsep gabungan pelbagai genre iaitu persembahan pantun, bicara berirama, pidato yang diserikan dengan muzik tradisi dan kontemporari yang memberi fokus dan gambaran tentang raja yang menjadi inspirasi kepada generasi Negara Brunei Darussalam, selari dengan tema persembahan iaitu “Raja Pencetus Inspirasi Generasi Berwawasan”.

Keberangkatan Baginda Sultan dan kerabat diraja dijunjung oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Dimuliakan Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof dan Pegawai Daerah Belait, Haji Harris bin Othman.

Baginda Sultan berserta kerabat diraja kemudian dijunjung ke Pentas Diraja dan lagu kebangsaan Allah Peliharakan Sultan dimainkan yang diikuti dengan laungan ‘Daulat Kebawah Duli Tuan Patik.’

Sembah alu-aluan

Pegawai Daerah Belait, Haji Harris dalam sembah alu-aluannya berkata mengenai persembahan pada hari tersebut, berharap semoga persembahan seni dengan tema yang khusus dicipta ini akan memberi kesedaran umum dalam mempelbagaikan lagi cara mentarbiahkan generasi negara khususnya belia remaja masa kini supaya mereka akan terus terbimbing dan terpimpin untuk menghargai dan mensyukuri rahmat dan nikmat hidup dan berkehidupan dalam negara yang berpemerintahan beraja ini, serta terus terbimbing dan terpimpin dalam menghala-tujukan wawasan mereka untuk memelihara dan mengekalkan sistem berpemerintahan beraja ini sampai bila-bila.

Pegawai Daerah Belait, Haji Harris menyampaikan sembah alu-aluannya pada hari tersebut.
Pegawai Daerah Belait, Haji Harris menyampaikan sembah alu-aluannya pada hari tersebut.

“Bersukut pada hari yang bersignifikan ini juga, hamba kebawah duli tuan patik seterusnya bagi mewakili seluruh rakyat dan penduduk Daerah Belait ini sukacita menyembahkan ikrar taat setia yang tidak berbelah bahagi sepanjang masa, kehadapan majlis kebawah duli tuan patik dan secara berterusan komited dalam mendukung kepimpinan bijaksana kebawah duli tuan patik bagi menjana program-program atau projek-projek pembangunan dan kemajuan, baik di dalam bandar mahupun di luar bandar, lebih-lebih lagi program-program atau projek-projek secara langsung atau tidak langsung bertujuan memelihara dan meningkatkan keamanan, kesejahteraan dan keselamatan yang telah sekian lamanya dinikmati oleh rakyat dan penduduk di daerah ini khususnya dan di negara ini umumnya, yang di rasai nikmatnya oleh generasi masa kini dan Insha Allah untuk generasi-generasi yang akan datang” Pegawai Daerah Belait itu menyatakan.

Perlawanan akhir tarik kalat

Sebelum berangkat untuk bercemar duli bersama rakyat, kerabat diraja dipersembahkan dengan perlawanan tarik kalat peringkat akhir yang dimenangi oleh Pasukan Chain Block dari Daerah Brunei Muara selepas mengalahkan Pasukan Mega Power dari Daerah Tutong.

Pasukan Chain Block yang memenangi pertandingan tarik kalat akhir. – Gambar oleh Anwar Rosly
Pasukan Chain Block yang memenangi pertandingan tarik kalat akhir. – Gambar oleh Anwar Rosly

Dalam acara bercemar duli itu, keriangan dan kegembiraan dapat dilihat dari mata-mata penduduk di daerah ini terutamanya bagi mereka yang sudah berumur, menunjukkan kekuatan hati untuk berdiri menyambut tangan dan bersalam-salaman dengan keluarga kerabat diraja.

ARTIKEL YANG SAMA