Pencetus lubang benam dipenjara

Pencetus lubang benam dipenjara

BEIJING, 19 Ogos – Seorang penggubal undang-undang China telah dijatuhkan hukuman penjara lima tahun hari ini kerana cuba menggali tanah di tingkat bawah rumahnya dengan begitu dalam sehingga mencetuskan lubang benam gergasi yang telah menelan empat kediaman jiran-jirannya.

Li Baojun dan dua lelaki yang diupahnya untuk memperbesarkan laman dalam rumah lima tingkat bawah tanah telah mencabul peraturan keselamatan pembinaan, menurut perintah Mahkamah Rakyat Daerah Xincheng Beijing.

Selain rumah, lubang benam itu telah mengakibatkan jalan besar di bandar itu hendak runtuh dan menelan kemusnahan hampir lima juga yuan (AS$750,000), katanya dalam mikroblog rasmi.Tindakan ketiga-tiganya telah ‘mengancam keselamatan awam’ dan mereka ‘bertanggungjawab bagi kemalangan jenayah itu,” kata mahkamah. Rumah Li, yang terletak di kawasan kejiranan bersejarah di daerah Xicheng, Beijing, juga telah ditelan apabila pelan pembesarannya itu menjadi tidak keruan pada Januari 2015. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA