Pencipta Big Mac meninggal dunia

Pencipta Big Mac meninggal dunia

CHICAGO, 1 Dis – Lelaki yang mencipta burger makanan segera Amerika, Big Mac yang secara tidak sengaja melancarkan satu perlumbaan untuk mencipta menu makanan segera yang lebih meluas, telah meninggal dunia, hari ini.

Michael “Jim” Delligatti meninggal dunia pada Isnin dikelilingi oleh ahli keluarga di kediamannya di pinggir bandar Pittsburg, menurut keluarganya. Beliau berusia 98 tahun.

Delligatti mempunyai salah satu ciptaan yang paling sukar dilupakan dalam makanan Amerika sejak roti keping – hamburger berlapis dengan dua pai daging lembu, daun salad, keju, jeruk dan bawang, yang ditutup dalam sos khas.

Sebagai pemilik restoran McDonald’s di barat Pennsylvania hampir setengah abad lalu, Delligatti memujuk syarikat supaya meninggalkan menunya yang terdiri daripada burger biasa, kentang jejari dan minuman, menurut satu profil Big Mac 1993 dalam akhbar Los Angeles Times.

Gambar fail - Pencipta burger sensasi McDonald’s, Big Mac meninggal dunia pada usia 98 tahun. – AFP
Gambar fail – Pencipta burger sensasi McDonald’s, Big Mac meninggal dunia pada usia 98 tahun. – AFP

Beliau menerima kebenaran untuk mencuba burger barunya pada 1967 dan jualan meningkat sebanyak 12 peratus, menurut Times. Dalam tempoh beberapa tahun, McDonald’s sedang mengiklankan Big Mac di seluruh negara.

“Ia bukan seperti menemui mentol lampu,” kata beliau. “Mentol sudah adapun di sana. Apa yang saya lakukan adalah menskrunya dalam soket.”

Beliau berkata idea tersebut datang daripada restoran burger pesaing pada pertengahan tahun 1960. – AFP