Penculik anak damit dipenjara 10 tahun

Penculik anak damit dipenjara 10 tahun

CAPE TOWN, 15 Ogos – Mahkamah Afrika Selatan hari ini menghukum penjara seorang wanita selama 10 tahun kerana menculik anak damit yang baru lahir dan mengasuhnya sendiri, sebelum anak tersebut bertemu semula dengan keluarga kandungnya.

Anak damit perempuan yang diberi nama Zephany Nurse oleh keluarganya, telah diculik daripada ibunya yang ketika itu sedang tidur di sebuah wad bersalin di Hospital Groote Schuur di Cape Town pada tahun 1997.

Penculik tersebut, kini 52, membesarkannya selama 17 tahun dalam kes yang telah menarik minat media besar di Afrika Selatan.

Identiti sebenar gadis itu hanya terungkap pada Februari 2015, apabila kakak kandungnya mula menghadiri sekolah tinggi dan gadis itu dikatakan menunjukkan persamaan luar biasa kepada pelajar tahun akhir itu. – AP