Penculik dibunuh

Penculik dibunuh

MANILA, 13 Mac (AFP) – Pemimpin dari kumpulan geng selatan Filipina menjadi dalang bagi penculikan bekas tentera Australia dan seorang paderi Ireland telah ditembak mati oleh pasukan keselamatan hari ini, kata tentera.

Waning Abduslama dibunuh selepas enggan ditahan oleh pasukan gabungan tentera dan polis di pulau Mindanao yang bergelut, kata jurucakap tentera, Majer Filemon Tan.

Suspek ditembak mati di kota Naga di wilayah Zamboanga Sibugay. Dia mungkin mempunyai kaitan kepada Abu Sayyaf, kumpulan pelampau yang dikenali bagi penculikan warga asing dan Kristian itu, kata Tan.

Abu Sayyaf, diasaskan menerusi wang yang dibiayai dari pengasas Al-Qaeda, Osama bin Laden, yang diletakkan sebagai pertubuhan pengganas oleh AS. Ia dipersalahkan bagi serangan-serangan ganas terburuk dalam sejarah Filipina.

Tan berkata Waning terlibat dalam penculikan bagi mendapatkan tebusan bagi beberapa orang di Mindanao, termasuk beberapa warga Filipina begitu juga dengan penyebar dari Ireland, Father Michael Sinnott pada 2009 dan Warren Rodwell dari Australia pada 2011.

Sementara itu Sinnott dibebaskan selepas sekitar sebulan menerusi pengantaraan dari sebahagian besar kumpulan pemberontak, Rodwell ditahan selama 15 bulan sebagai tebusan dan hanya dibebaskan selepas wang tebusan dibayar. Abu Sayyaf dipersalahkan bagi penculikan Rodwell.

Awal bulan ini militan Abu Sayyaf yang disyaki menahan dua warga Kanada dan seorang Norway yang menetapkan tarikh akhir sebulan bagi tebusan bernilai berjuta dolar untuk dibayar. Dalam video yang dihantar dalam laman Facebook kumpulan berani mati itu, mangsa memberi amaran mereka akan dibunuh melainkan tebusan di bayar.

Pelancong dari Kanada, John Rodsdel dan Robert Hall, pengurus peranginan dari Norway, Kjartan Seekingstad dan Filipina Marites Flor diculik dari kapal layar di marina di selatan Filipina pada September lalu. Kerajaan Filipina menekankan kedudukannya tidak akan membayar wang tebusan itu. Polis berkata mereka meneruskan usaha bagi menyelamatkan tebusan.