Penculikan pelajar sekolah cetus keselamatan ketat

Penculikan pelajar sekolah cetus keselamatan ketat

LAGOS, 3 Mac (AFP) – Pihak berkuasa di bandar terbesar Nigeria telah mengarahkan keselamatan untuk ditingkatkan di sekolah-sekolah selepas lelaki bersenjata menculik tiga perempuan, menurut jurucakap gabenor kerajaan memberitahu AFP hari ini.

Lelaki bersenjata yang tidak dikenali menculik remaja berkenaan dari asrama mereka di Sekolah Seminari Junior Babington Macaulay di Ikorodu, sebuah subbandar timur Lagos, lewat Isnin.

Media tempatan mengatakan para penculik itu telah menuntut tebusan sebanyak 200 juta naira (AS$1 juta) walaupun polis enggan untuk memberi komen mengenai laporan itu.

“(Negeri Lagos) Gabenor Akinwunmi Ambode telah mengarahkan keselamatan perlu dipertingkatkan di sekolah di seluruh negeri untuk mencegah insiden sedih itu daripada berulang,” menurut jurucakapnya Habib Aruna.

“Gabenor tidak gembira tentang situasi keselamatan di sekolah tempat penculikan itu berlaku. Dia sangat terganggu dengan insiden berkenaan.

“Sebagai ibu bapa, dia berasa sedih dan mengarahkan ejen keselamatan untuk memastikan remaja berkenaan dibebaskan tanpa ditangguhkan.”

ARTIKEL YANG SAMA