Pencuri burung buat hal lagi

Pencuri burung buat hal lagi

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_160330_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Mac – Mahkamah Perantaraan di sini, hari ini, menjatuhkan hukuman dua bulan penjara ke atas seorang lelaki tempatan yang mengaku bersalah menahan seorang pemandu pikap membawa silinder gas, pada Julai 2015.

Hakim Haji Abdullah Soefri bin Pehin Dato Haji Abidin memerintahkan hukuman ke atas Awangku Saiful Nizam bin Pengiran Metasan, 34, itu berkuat kuasa sebaik dia selesai menjalani sembilan bulan pemenjaraan yang dijatuhi Mahkamah Majistret pada 23 Mac lalu atas kesalahan mencuri burung, melakukan kerosakan pada sangkar burung dan melakukan curi.

Tertuduh pada 8 Julai 2015 sekitar jam 9:30 pagi didakwa menahan pemandu berusia 35 tahun itu dalam pikap di kawasan Jalan 77, Kampung Perpindahan Lambak Kanan. Dia didakwa mengikut Seksyen 341 Kanun Hukuman Jenayah yang memperuntukkan pemenjaraan untuk tempoh yang boleh dilanjutkan sehingga setahun dan juga denda.

ARTIKEL YANG SAMA