Pencuri didenda $2,000

Pencuri didenda $2,000

Oleh Rafidah Jumat

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Julai – Seorang lelaki tempatan dijatuhi hukuman denda $2,000, atau berdepan enam minggu penjara jika gagal membayar denda, oleh Mahkamah Perantaraan, hari ini, selepas mengaku bersalah atas lapan pertuduhan mencuri.

Hakim Pengiran Hajah Hanani binti Pengiran Haji Metussain menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohamad Alif bin Liadin yang didakwa mencuri wang $400; dua utas gelang kaki emas, dua utas gelang emas dan tiga jam tangan di sebuah rumah di Kampung Kiulap pada 2 Oktober 2013.

Tertuduh juga didapati mencuri sebuah motosikal RKV200 Keeway pada 22 Mac 2014 di Rancangan Perumahan Negara Kampung Rimba selain berdepan pertuduhan memecah masuk dan mencuri dua jam tangan di sebuah rumah di Jalan Utama Terunjing antara jam 7 malam dan 6 pagi pada 1 Julai 2014.

Tertuduh turut mencuri sebuah kereta yang ditinggalkan di tepi Lebuh Raya Rimba pada 24 Februari 2015 dan memandunya tanpa memiliki lesen memandu. Tertuduh juga menghadapi pertuduhan mencuri gelang dan rantai emas di sebuah rumah di Kampung Lambak kiri antara jam 8 pagi dan 12 tengah hari pada 13 April 2015.

Tertuduh turut memecah masuk sebuah rumah di Jalan Binglu Utara, Rancangan Perumahan Negara Kampung Meragang sekitar jam 2 pagi pada 1 Mei 2015 dan mencuri kunci kereta dan dua kunci rumah.

p06-3_20150717

ARTIKEL YANG SAMA