Pencuri dihukum 40 bulan penjara

Pencuri dihukum 40 bulan penjara

Oleh Rafidah Jumat

 

pg10_161010_mahkamah-logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Okt – Mahkamah Perantaraan di sini, semalam, menjatuhkan hukuman 40 bulan penjara ke atas seorang lelaki tempatan atas kesalahan curi dan melakukan kerosakan.

Hakim Radin Safiee bin Radin Mas Basiuni menjatuhkan hukuman itu terhadap Awangku Abi Hurairah bin Pengiran Mohd Daud, 32, yang berdepan dakwaan mencuri barang elektronik, telefon pintar, dokumen dan barangan peribadi dan mesin kimpalan.

Dia juga berdepan dakwaan melakukan kerosakan pada sebuah kereta dengan memecah tingkap kereta itu menggunakan batu dengan tujuan untuk melakukan curi.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada Ogos dan September 2016 di kawasan Gadong, Jalan McArthur, rumah rehat di ibu negara, Kiulap dan Jalan Lorong Gerai Timur.

ARTIKEL YANG SAMA