Pencuri kena 19 bulan penjara

Pencuri kena 19 bulan penjara

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_161006_mahkamah-logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Okt – Seorang lelaki warga Malaysia yang mengaku bersalah mencuri dua buah kereta telah dijatuhi 19 bulan penjara dan tiga sebatan oleh Mahkamah Majistret.

Jimmy Lakai, 36, menghadapi pertuduhan mencuri dua buah kereta tersebut pada 23 September 2016 dalam tempoh sejam.

Dia juga didapati memasuki negara ini melalui ‘laluan tikus’ dari Limbang menuju ke Kampung Bebuloh.

Tertuduh didakwa oleh Pegawai Pendakwa, Pengiran Hajah Nor’Azmeena binti Pengiran Haji Mohiddin mengikut Seksyen 379 Kanun Hukuman Jenayah, Penggal 22 yang membawa penjara sehingga tiga tahun, atau dengan denda, atau kedua-duanya.

ARTIKEL YANG SAMA