Pencuri kena hukuman penjara 24 bulan, dua sebatan

Pencuri kena hukuman penjara 24 bulan, dua sebatan

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Nov – Mahkamah Majistret, semalam, menjatuhkan hukuman penjara 24 bulan dan dua sebatan ke atas seorang lelaki yang mengaku bersalah terhadap pertuduhan terlibat dalam kes pecah rumah di Daerah Belait.

Kadir Mohammad Safiee, 47, bersama seorang lagi rakannya pada 24 Januari didakwa memecah masuk rumah pegawai pemerintah Batalion Pertama Gurkha di Turker Lines.

Tertuduh telah mencuri sebuah iPad Mini; iPad 2; iPhone 4 dan kamera digital Nikon.

pg06_151109_mahkamah logo2

Pemilik rumah yang terbangun daripada tidurnya kemudian menyedari dua orang lelaki terbabit berada di dalam rumahnya, lalu menjerit ke arah mereka.

Kedua-dua mereka terus keluar melalui tingkap dan membawa bersama barang-barang yang dicuri.

Polis berjaya menemui semula barang yang dicuri itu.