Pencuri kereta terima padah

Pencuri kereta terima padah

Oleh Rafidah Jumat

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 April – Gara-gara mencuri sebuah kereta, seorang lelaki tempatan dijatuhi hukuman penjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret, semalam.

Majistret Azrimah binti Haji Abdul Rahman menjatuhkan hukuman itu terhadap Shahrin bin Haji Tarang, 42, yang mengaku bersalah mencuri sebuah kereta di Jalan Kota Batu, Kampung Sungai Besar kira-kira jam 9 pagi, pada 7 Januari 2016.

Majistret Azrimah memerintahkan hukuman ke atas tertuduh bermula pada hari pertama dia ditahan reman iaitu pada 13 Januari 2016.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Nor ‘Adliatul Hidayah binti Haji Mohd Zaidi.

ARTIKEL YANG SAMA