Pencuri lembu bunuh 36 pelombong di Nigeria

Pencuri lembu bunuh 36 pelombong di Nigeria

KANO, Nigeria, 9 Nov – Lelaki bersenjata dipercayai pencuri lembu telah membunuh 36 pelombong di utara Nigeria, kata kerajaan dan penduduk, kelmarin, siri terbaru dalam serbuan yang panjang tersebut.

Penyerang yang menunggang motosikal membuat serangan itu lewat semalam di lombong emas di luar kampung Bindin, negeri utara Zamfara, menembak mati pelombong dan pedagang emas, kata mereka. – AFP