Pencuri merin...

Pencuri meringkuk lapan bulan di penjara

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Jan – Seorang lelaki tempatan dijatuhi lapan bulan penjara oleh Mahkamah Majistret kerana mencuri injap pili milik majikannya.

Saffre bin Kamis, 43, mengaku bersalah di hadapan Majistret Kanan Haji Nabil Daraina bin PUKDPSS Ustaz Haji Badaruddin kerana mencuri lapan injap pili dari tempatnya bekerja di Jalan Sungai Duhon, Kuala Belait pada 5 Januari 2017.

Dia kemudian menjual injap pili itu kepada seorang pembeli di Kampung Pandan 7, Kuala Belait pada harga $240. Hasil daripada jualan itu digunakan untuk perbelanjaan hariannya.

Pengurus tempat tertuduh bekerja yang menyedari injap pili itu hilang telah membuat laporan polis pada 8 Januari.

Siasatan polis membawa kepada tangkapan tertuduh keesokan harinya.

Siasatan turut mendapati pembeli tersebut telah menjual injap pili itu di tempat kitar semula pada harga $316.

ARTIKEL YANG SAMA