Pencuri tegar...

Pencuri tegar berjaya rayu peringanan hukuman

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Mei – Seorang pencuri tegar berjaya dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan untuk mendapatkan pengurangan hukuman daripada lapan tahun kepada lima tahun dan empat bulan penjara.

Hukuman lapan tahun penjara ke atas Awangku Martuddin bin Pengiran Haji Samsuddin atas kesalahan pecah masuk, curi dan melakukan kerosakan dianggap terlalu tinggi oleh Hakim John Barry Mortimer yang bersidang bersama Hakim Seagroatt dan Hakim Burrell.

Awangku Martuddin melakukan kesalahan itu dalam 16 kejadian berasingan antara Disember 2013 dan Januari 2014 dan telah mencuri wang, televisyen dan barangan dari stor serta restoran.

Ketiga-tiga hakim bagaimanapun tetap mengekalkan hukuman dua sebatan yang dikenakan terhadap Awangku Martuddin.