Pencuri terima balasan

Pencuri terima balasan

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 April – Seorang lelaki tempatan yang mengaku bersalah atas empat pertuduhan pecah masuk rumah dan curi di Daerah Temburong dijatuhi 44 bulan penjara dan tiga sebatan oleh Mahkamah Perantaraan, semalam.

Hakim Haji Abdullah Soefri bin Pehin Dato Haji Abidin menjatuhi hukuman itu ke atas Azimi bin Haji Mohamed, 40, yang kemudian memberitahu mahkamah bahawa dia akan membuat permohonan di Mahkamah Rayuan untuk pengurangan hukuman.

pg06_160404_mahkamah logo2

Kertas pertuduhan menyebut, tertuduh bersama rakannya yang masih bebas didakwa mencuri gitar ukulele dari sebuah rumah di Jalan Batang Duri; satu set kutleri di sebuah rumah di Kampung Amo ‘A’; dua monitor Acer LCD dan pembesar suara di Sekolah Suria Jaya, Kampung Puni dan juga memecah masuk sebuah rumah di Kampung Parit, Temburong.

Dia melakukan kesemua kesalahan itu pada Mac 2016.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Vuina Song.

ARTIKEL YANG SAMA