Pendaftaran Berkhatan mulai 17 Nov

Pendaftaran Berkhatan mulai 17 Nov

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Nov – Kementerian Kesihatan memaklumkan kepada orang ramai bahawa Perkhidmatan Berkhatan pada musim cuti persekolahan penggal ketiga tahun 2015 akan bermula pada 27 November hingga 27 Disember 2015.

Sehubungan itu, pendaftaran dan pemeriksaan bagi kanak-kanak yang akan berkhatan bermula pada 17 hingga 27 November, jam 8:15 pagi hingga 11:15 pagi dan 2:00 petang hingga 3:30 petang (hari bekerja sahaja), di Unit Berkhatan, Bilik Pembedahan (Blok 5, Tingkat 1), Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.

Kementerian Kesihatan dalam kenyataannya juga mengingatkan para ibu bapa atau penjaga supaya membawa bersama anak mereka berserta salinan surat beranak dan kad Bru-HIMS semasa membuat pendaftaran bagi pemeriksaan kesihatan. Orang ramai bolehlah menghubungi pegawai-pegawai pengkhatan yang bertugas di Unit Berkhatan di talian 2242424 sambungan 1484 atau Ketua Pusat Berkhatan 7174332.

ARTIKEL YANG SAMA