Pendaftaran berkhatan mulai 25 Ogos

Pendaftaran berkhatan mulai 25 Ogos

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Ogos – Kementerian Kesihatan memaklumkan kepada orang ramai bahawa Perkhidmatan Berkhatan pada musim cuti penggal kedua persekolahan tahun 2015 akan bermula pada 4 hingga 13 September 2015.

Pendaftaran dan pemeriksaan bagi kanak-kanak yang akan berkhatan bermula pada 25 Ogos hingga 3 September jam 8.15 pagi hingga 11.00 pagi dan 2.00 petang hingga 3.30 petang (hari bekerja sahaja) di Unit Berkhatan, Bilik Bedah (Blok 5, Tingkat 1), Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.

Kementerian Kesihatan dalam kenyataannya juga mengingatkan para ibu bapa atau penjaga supaya membawa bersama anak mereka berserta salinan surat beranak dan kad Bru-HIMS semasa membuat pendaftaran bagi pemeriksaan kesihatan.

Orang ramai bolehlah menghubungi pegawai-pegawai pengkhatan yang bertugas di Unit Berkhatan di talian 2242424 sambungan 1480 / 1489 atau ketua Pusat Berkhatan di talian 7174332.

ARTIKEL YANG SAMA