Pendaftaran Elite Youth Cup 2016 ditutup hari ini

Pendaftaran Elite Youth Cup 2016 ditutup hari ini

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Sept – Persatuan Bola Sepak Negara Brunei Darussalam (NFABD) ingin memaklumkan kepada semua pasukan bola sepak Bawah 16 Tahun (B16) yang berkaitan, bahawa pendaftaran bagi NFABD Elite Youth Cup 2016 akan ditutup pada 14 September (hari ini) sebelum jam 5 petang.

Sehubungan dengan itu, mana-mana borang yang telah lengkap diisikan dan segala bayaran hendaklah diserahkan ke pejabat NFABD House tidak lewat daripada tarikh yang ditetapkan.

Menurut kenyataan NFABD juga, sebarang pendaftaran lewat dan tidak lengkap tidak akan dilayan.