Pendaftaran HECAS ditutup 31 Ogos ini

Pendaftaran HECAS ditutup 31 Ogos ini

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Ogos – Bahagian Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan memaklumkan bahawa pendaftaran dalam talian bagi HECAS 2015 (pusingan kedua) akan ditutup secara rasmi pada 31 Ogos, jam 4:30 petang.

Sehubungan dengan itu, Kementerian Pendidikan dalam kenyataannya di sini, hari ini, menasihatkan para pemohon supaya memastikan semua pendaftaran dihantar secara online sebelum tarikh tutup berkenaan.

Para pemohon juga dimestikan mencetak borang mereka dan menghantarnya bersama dokumen-dokumen berkaitan kepada institusi-institusi/bahagian yang mereka pohon sebelum atau tidak lebih daripada 4:30 petang 3 September 2015.

Menurut kenyataan itu lagi, adalah menjadi tanggungjawab setiap pemohon untuk memastikan semua maklumat yang dimasukkan betul dan lengkap.

Institusi-institusi pengajian tinggi dan Bahagian Biasiswa, Kementerian Pendidikan berhak untuk menolak permohonan yang tidak lengkap, mengandungi maklumat palsu atau diterima selepas 4:30 petang pada 3 September 2015.

Sebarang pertanyaan atau masalah teknikal boleh menghantar e-mel ke alamat admission@hecas.edu.bn sebelum tarikh tutup.

ARTIKEL YANG SAMA