Pendaftaran JLPT tutup 9 Sept

Pendaftaran JLPT tutup 9 Sept

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Ogos – Para pelajar Bahasa Jepun yang berminat untuk menduduki Ujian Kefasihan Bahasa Jepun (JLPT) dialu-alukan untuk mendapatkan borang permohonan bagi menduduki ujian berkenaan dan mendaftar sebelum 9 September nanti.

Ujian yang akan diadakan pada 4 Disember di Universiti Brunei Darussalam itu dikendalikan di Negara Brunei Darussalam oleh Jawatankuasa Ujian Kefasihan Bahasa Jepun di negara ini.

Borang pendaftaran berkenaan boleh didapati dengan bayaran $5 di Bahagian Kebudayaan, Kedutaan Jepun di Negara Brunei Darussalam dan mereka juga dikehendaki mendaftar serta membuat pembayaran yuran pendaftaran sebanyak $30 sebelum 9 September nanti.

JLPT merupakan ujian bagi para pelajar bukan penutur Bahasa Jepun yang menilai serta menguji kefasihan mereka dalam Bahasa Jepun.

Pada 2015, lebih 750,000 orang dari 68 buah negara telah menduduki ujian kefasihan Bahasa Jepun terbesar di dunia itu.

JLPT menawarkan ujian penilaian kefasihan Bahasa Jepun dalam lima peringkat daripada peringkat awal hingga ke peringkat tinggi di mana ujian itu direka untuk menguji kebolehan dan kefasihan pelajar dalam pemahaman serta pertuturan Bahasa Jepun.

Mereka yang berminat boleh mendapatkan maklumat teliti mengenai JLPT dan juga contoh soalan-soalan ujian dengan melayari laman sesawang www.jlpt.jp/e/index.html.

ARTIKEL YANG SAMA