Pendaftaran ke sekolah ugama 7 Jan

Pendaftaran ke sekolah ugama 7 Jan

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Dis – Jabatan Pengajian Islam (JPI), Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) memaklumkan bahawa hari pendaftaran kemasukan murid-murid baru darjah pra Tahun 2016 bagi semua sekolah agama di keempat-empat daerah adalah pada 7 Januari 2016.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan JPI hari ini, bagi pendaftaran kemasukan murid-murid sesi pagi bermula dari pukul 7:15 pagi sementara sesi petang bermula dari pukul 1:15 petang.

Manakala itu, waktu persekolahan darjah pra bagi sesi pagi ialah dari pukul 7:30 pagi hingga 9 pagi dan sesi petang, dari pukul 1:30 petang hingga 3:30 petang.

ARTIKEL YANG SAMA