Pendaftaran Kejohanan Sepak takraw B21

Pendaftaran Kejohanan Sepak takraw B21

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Dis – Persatuan Sepak-takraw Negara Brunei Darussalam (PESTABARU) akan mengadakan Kejohanan Sepak Takraw Belia Kebangsaan Bawah 21 tahun bersempena Hari Belia Kebangsaan 2015 yang akan dibuka rasmi pada 8 Januari 2016.

Menurut kenyataan di sini, penyertaan kejohanan yang akan diadakan di Dewan Menglait Gadong itu kini dibuka sehingga 28 Disember ini tidak lewat dari jam 4 petang. Sehubungan dengan itu, orang ramai yang berminat untuk menyertai kejohanan tersebut bolehlah mendapatkan borang-borang penyertaan dengan menghubungi Haji Zaman bin Haji Samad di talian 8825580 atau Haji Abu Bakar bin Kassim di talian 8820464.

ARTIKEL YANG SAMA