Pendaftaran kelas akademik bagi lepasan PKBN dibuka

Pendaftaran kelas akademik bagi lepasan PKBN dibuka

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Dis – Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan melalui Program Khidmat Bakti Negara (PKBN) memaklumkan kepada lepasan pelatih PKBN dan borang Pendaftaran Kelas Akademik Peringkat ‘O’ sesi 2016 yang telah dibuka bermula 1 Disember 2015 yang lalu.

Manakala tarikh terakhir bagi mengembalikan borang berkenaan bagi proses selanjutnya oleh pihak Urusetia PKBN ialah pada Isnin, 21 Disember 2015.

Borang yang telah lengkap diisikan hendaklah dikembalikan kepada pihak Urusetia PKBN di alamat: Ibu Pejabat, Bahagian Khidmat Bakit Negara, Blok 18, Simpang 32-15, Flat Anggerek Desa, Berakas.

Keterangan lanjut boleh diperolehi dengan menghubungi Urusetia PKBN melalui talian telefon: 2340033/2340045 atau faks: 2341722.

ARTIKEL YANG SAMA