Pendaftaran Kelas Al-Quran & Muqaddam

Pendaftaran Kelas Al-Quran & Muqaddam

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Ogos – Kementerian Hal Ehwal Ugama memaklumkan kepada orang ramai bahawa Jabatan Hal Ehwal Masjid (JHEM) telah membukakan pendaftaran bagi Kelas Al-Quran dan Muqaddam setiap hari Jumaat di masjid, surau dan balai ibadat seluruh negara bagi tahun 2016, bermula 1 September hingga 30 November 2015.

Syarat pendaftaran bagi kanak-kanak yang akan memasuki kelas tersebut hendaklah berumur enam tahun pada 1 Januari 2016.

Sehubungan dengan itu, ibu bapa atau penjaga yang ingin mendaftarkan anak-anak mereka bagi mengikuti kelas berkenaan, bolehlah mendapatkan borang pendaftaran daripada guru penghubung Kelas Al-Quran dan Muqaddam di masjid, surau dan balai ibadat di daerah masing-masing atau daripada Bahagian Imarah JHEM.

Borang yang telah lengkap diisikan hendaklah dikembalikan selewat-lewatnya pada 30 November 2015.

Sebarang pertanyaan mengenai kelas berkenaan bolehlah berhubung terus ke Bahagian Imarah JHEM, Simpang 15, Jalan Sumbiling Lama, Bandar Seri Begawan, atau Haji Abdul Wahab bin Haji Tamin, di talian 2223277 atau 7246737 semasa waktu pejabat.

ARTIKEL YANG SAMA