Pendaftaran kelas mengaji kini dibuka

Pendaftaran kelas mengaji kini dibuka

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Ogos – Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama memaklumkan kepada ibu bapa atau penjaga kanak-kanak bahawa pendaftaran untuk memasuki Kelas Al-Quran dan Muqaddam iaitu pada setiap Jumaat di masjid, surau dan balai ibadat seluruh negara bagi tahun 2017, kini sudah dibuka sehingga 30 November nanti.

Sehubungan itu, ibu bapa dan penjaga kanak-kanak yang berminat untuk mendaftarkan anak-anak mereka, borang pendaftaran secara percuma boleh diambil di Bahagian Imarah, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Simpang 15, Jalan Sumbiling Lama, Bandar Seri Begawan atau di masjid-masjid, surau serta balai ibadat seluruh negara, menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Hal Ehwal Masjid baru-baru ini.

Borang yang lengkap diisi hendaklah dikembalikan kepada guru-guru penghubung di masjid, surau dan balai ibadat di mana anak-anak mereka akan mengikuti kelas berkenaan tidak lewat pada 30 November.

Menurut kenyataan itu lagi, syarat penerimaan bagi kanak-kanak yang akan memasuki kelas berkenaan ialah mereka hendaklah berumur enam tahun pada 1 Januari 2017.

Mereka yang mempunyai sebarang pertanyaan mengenai kelas itu, boleh berhubung terus dengan Bahagian Imarah, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Haji Wahab bin Haji Tamin di talian 2223277 (waktu pejabat) atau telefon bimbit, 7246737.

 

ARTIKEL YANG SAMA