Pendaftaran larian alumni CHMS dilanjutkan

Pendaftaran larian alumni CHMS dilanjutkan

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Ogos – Persatuan Alumni Sekolah Menengah Chung Hwa (CHMS) memaklumkan bahawa tarikh pendaftaran bagi Larian Amal Alumni CHMS 2016 akan dilanjutkan sehingga 8 September 2016.

Lanjutan tempoh pendaftaran dari tarikh asal iaitu 31 Ogos 2016, ini adalah bagi memberikan peluang kepada lebih ramai penyertaan, menurut kenyataan yang dikeluarkan persatuan berkenaan di sini, hari ini.

Kaunter-kaunter pendaftaran dan kutipan bagi larian berkenaan adalah di Persatuan Alumni CHMS di No. 3, Tingkat 1, Kompleks S.A.K; Simpang 13, Jalan Gadong; Ibu Pejabat Aewon di Unit 1-4, Simpang 50, Jalan Dato Ratna Kiarong; Aewon Seria di Unit A&B, Lot 107, Bangunan Kejuruteraan China, Jalan Bunga Melor, Seria; dan tempat penyambut tetamu Cityneon Brunei di Lot 42, Estet Perindustrian Ringan Beribi, Fasa II, Jalan Gadong.

Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi pejabat persatuan berkenaan di talian 2455738, atau talian 8717748 (Tan) dan 7141198 (Soh).

ARTIKEL YANG SAMA