Pendaftaran Larian Amal Alumni CHMS masih dibuka

Pendaftaran Larian Amal Alumni CHMS masih dibuka

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Sept – Orang ramai yang berminat untuk menyertai Larian Amal Persatuan Alumni Sekolah Menengah Chung Hwa (CHMS), pendaftaran bagi larian yang akan diadakan pada 25 September ini masih dibuka sehingga 8 September.

Persatuan berkenaan dalam kenyataannya mengalu-alukan orang ramai untuk sama-sama menyokong acara larian berkenaan bukan sahaja demi kesihatan malah untuk amal kebajikan.

Tempat-tempat pendaftaran adalah di Persatuan Alumni CHMS, Gadong; Ibu Pejabat Aewon Kiarong; Pejabat Aewon Seria; dan Pejabat Cityneon Brunei, Beribi.

ARTIKEL YANG SAMA