Pendaftaran murid baru Darjah Pra SU 7 Jan

Pendaftaran murid baru Darjah Pra SU 7 Jan

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Jan – Jabatan Pengajian Islam (JPI), Kementerian Hal Ehwal Ugama memaklumkan bahawa hari pendaftaran kemasukan murid-murid baru Darjah Pra tahun 2016 bagi sekolah-sekolah agama di seluruh negara adalah pada 7 Januari 2016.

Bagi kemasukan murid-murid sesi pagi, pendaftaran bermula jam 7:15 pagi, manakala itu, bagi sesi petang pula bermula jam 1:15 petang.

JPI dalam kenyataannya turut memaklumkan bahawa waktu persekolahan untuk Darjah Pra adalah dari jam 7:30 pagi hingga 9 pagi bagi sesi pagi dan 1:30 hingga 3:30 petang bagi sesi petang.

ARTIKEL YANG SAMA