Pendaftaran Peperiksaan PCKSA kini dibuka

Pendaftaran Peperiksaan PCKSA kini dibuka

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Feb – Bahagian Peperiksaan, Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama kini membukakan pendaftaran bagi mengikuti Peperiksaan Pemilihan Calon ke Sekolah Arab (PCKSA) Tahun 1437/2016.

Pemohon hendaklah beragama Islam dan berpegang kepada ajaran Ahli Sunnah Wal-Jamaah; rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam; memiliki Sijil Kelahiran yang sah; memiliki Sijil Kerakyatan sendiri (bagi calon berkenaan sahaja); umur tidak melebihi 12 tahun pada 1 Januari 2017 dan berada sekurang-kurangnya dalam Tahun 4 di sekolah-sekolah rendah kerajaan/swasta dan Darjah II di sekolah agama.

Bagi calon mualaf, ibu bapa calon hendaklah rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atau penduduk tetap Negara Brunei Darussalam yang memiliki kad pengenalan pintar berwarga Ungu dan calon sendiri berserta kedua-dua ibu bapa calon adalah mualaf dan telah memeluk agama Islam tidak melebihi 10 tahun.

Borang pendaftaran Peperiksaan Pemilihan Calon ke Sekolah Arab boleh didapati daripada guru besar sekolah agama masing-masing dan tarikh tutup permohonan ialah pada Khamis 25 Februari 2016.

ARTIKEL YANG SAMA