Pendaftaran siri BAR, dibuka

Pendaftaran siri BAR, dibuka

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Julai – Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) akan mula mengeluarkan bilangan pendaftaran siri BAR 100-9999 (semua nombor) bermula pada esok 14 Julai 2015.

Dalam kenyataannya hari ini, JPD turut berkata tarikh tutup tawaran bagi bilangan pendaftaran berkenaan adalah pada 15 Ogos pada pukul 11 pagi.

Sehubungan itu, orang ramai boleh menghadapkan tawaran dengan mengisikan Borang A1 yang boleh diperoleh di Ibu Pejabat JPD, Jalan Beribi Gadong dan JPD Cawangan Daerah Belait.

Menurut kenyataan itu lagi, bilangan pendaftaran akan diberikan kepada permohonan yang diterima awal serta memenuhi syarat yang ditetapkan oleh JPD dengan keputusan jabatan berkenaan adalah muktamad.

Oleh itu, orang ramai yang ingin untuk mendapatkan maklumat lanjut, mereka boleh menghubungi Pegawai Melesen Kanan, Bahagian Pendaftaran dan Pelesenan di Jabatan Pengangkutan Darat melalui talian, 2452302 atau e-mel, info ltd@land-transport.gov.bn.

ARTIKEL YANG SAMA