Pendahuluan Clinton, Trump semakin rapat

Pendahuluan Clinton, Trump semakin rapat

WASHINGTON, 20 Mei (AFP) – Pendahuluan Hillary Clinton ke atas Donald Trump telah semakin rapat sejak Donald Trump menjadi pemenang jelas pencalonan presiden Republikan, menurut tinjauan pendapat kebangsaan yang dikeluarkan hasilnya hari ini.

Tinjauan CBS News/New York mendapati 47 peratus pengundi berdaftar akan menyokong Clinton, manakala 41 peratus menyokong Trump.

Tinjauan sama memberikan kemungkinan lebih baik bagi Bernie Sanders – saingan Clinton bagi pencalonan presiden Demokratik yang menunjukkannya mendahului Trump 51 peratus berbanding 38 peratus.

Bulan lalu, bekas setiausaha negara AS, dalam tinjauan CBS News, mendahului Trump dengan 10 mata.

Tinjauan melalui telefon ke atas 1,300 orang dewasa mempunyai jarak keyakinan tolak atau campur tiga mata peratusan, lapor Times.

Trump menjadi calon presiden Republikan yang diandaikan awal bulan ini, apabila saingan terakhirnya keluar dari pertandingan, selepas dia mengumpul apa yang nampaknya pendahuluan yang tidak dapat diatasi dalam sokongan wakil. Ketua-ketua parti Republikan mengadakan konvensyennya untuk secara rasmi memilih calon mereka pada bulan Julai.

Clinton masih tersekat dalam pilihan raya kecil dengan Sanders, tetapi pendahuluan wakilnya mengatasi senator Vermont itu mencukupi untuk membawanya kepada pencalonan apabila parti Demokratik mengadakan konvensyennya yang akan mengambil tempat pada bulan Julai.