Pendaki Evere...

Pendaki Everest tanpa permit kini ditahan

KATHMANDU, 17 Mei – Seorang warga Afrika Selatan yang cuba mendaki Gunung Everest tanpa kebenaran ditahan di Nepal di mana beliau menghadapi denda $ 22,000 – dua kali ganda kos permit yang dia cuba elakkan.

Ryan Sean Davy menyerah diri kepada pihak berkuasa di Kathmandu pada hari Selasa selepas ditangkap minggu lalu bersembunyi di dalam gua berhampiran base camp Everest tanpa permit.

Pendaki berusia 43 tahun itu mula mengancam pegawai-pegawai dari jabatan pelancongan semasa disoal siasat dan ditahan di bawah undang-undang ketenteraman awam ketat Nepal, Inspektor Polis Pelancongan Tulasha Khatiwada memberitahu kepada AFP. Kini dia berada dalam jagaan dan akan hadir di mahkamah minggu depan untuk menghadapi tuduhan yang berkaitan dengan percubaan mendaki Everest dan kemungkinan kesalahan tambahan ke atas kelakuannya semasa siasatan dijalankan. – AFP

Gambar fail pada 27 September 2015 menunjukkan para pendaki ketika menuju ke kem mereka di bawah puncak gunung Everest. Ryan Sean Davy menyerah diri kepada pihak berkuasa di Kathmandu pada hari Selasa selepas ditangkap minggu lalu bersembunyi di dalam gua berhampiran base camp Everest tanpa permit. – AP