Pendaki India jatuh dari gunung Himalaya

Pendaki India jatuh dari gunung Himalaya

KATHMANDU, 20 Mei (AFP) – Seorang pendaki gunung India menjadi pendaki kedua yang maut di Himalaya minggu ini selepas jatuh ketika menuruni Gunung Dhaulagiri, puncak ketujuh tertinggi dunia, kata agensi ekspedisi hari ini.

Rajib Bhattacharya, seorang pendaki yang berpengalaman yang sampai ke Gunung Everest pada 2011, dalam perjalanan turun selepas mendaki Dhaulagiri setinggi 8, 167 meter (26, 795) apabila dia meninggal pada petang semalam.

‘Dia mengalami kebutaan akibat salji awal semalam dan berhenti bernafas sekitar 4:00 petang (1015 GMT),” Mingma Sherpa, pengarah urusan Seven Summit Treks memberitahu AFP.

Pendaki gunung itu, 43, juga mengadi kepada rakannya kerana merasa tidak sihat ketika penurunannya, kata Sherpa.

“Kami tahu lebih banyak mengenai kematian itu apabila pasukannya kembali ke kem pangkalan,” katanya.

Pemandu pendaki dari Nepal itu jatuh 2,000 meter yang membawa kematiannya pada hari yang sama ketika membawa tentera India dalam usaha untuk sampai ke kemuncak Lhotse, kemuncak empat tertinggi dunia.

Kematian itu jelas membayangi musim yang berjaya di Gunung Everest, yang menyaksikan hampir 300 kemuncak sejak minggu lalu, menamatkan kemarau panjang selepas berlaku dua bencana.

Sembilan warga Nepal minggu lalu menjadi kumpulan pendaki pertama dalam tempoh tiga tahun ke kemuncak itu ke kemuncak tertinggi dunia, membuka ruang bagi yang lain untuk menyusul.

ARTIKEL YANG SAMA