Pendaki Perancis maut terjatuh gunung di New Zealand

Pendaki Perancis maut terjatuh gunung di New Zealand

WELLINGTON, 8 Jun – Seorang pendaki telah meninggal dunia selepas terjatuh dari sebuah gunung di New Zealand, dengan polis hari ini mengenal pastinya sebagai Victor Roucher seorang warganegara Perancis. Lelaki berusia 25 tahun itu maut di Gunung Taranaki di Pulau Utara kelmarin bersama seorang lagi rakannya, juga warga Perancis, yang hanya mengalami cedera ringan, kata polis.

Kata mereka, Roucher yang berada di New Zealand selama enam bulan, berdiri berhampiran puncak gunung setinggi 2,518 meter ketika dia terjatuh.

Komander kawasan Taranaki, Inspektor Keith Borrel memberitahu akhbar Fairfax New Zealand bahawa ia kelihatannya Roucher telah tersalah pijak pada tempat licin bersalji di gunung berapi yang tidak lagi aktif itu. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA