Pendaki wanita Jepun maut jatuh gunung

Pendaki wanita Jepun maut jatuh gunung

TOKYO, 25 Dis (AP)– Pendaki gunung dari Jepun, Kei Taniguchi, 43, maut akibat terjatuh di kawasan pergunungan bersalji Daisetsuzan di Hokkaido, Selasa lalu.

Taniguchi yang mendaki Gunung Everest pada tahun 2007 menjadi wanita pertama memenangi anugerah pergunungan berprestij Piolet d’Or (Golden Ice Axe) pada tahun 2009. Rakannya, Hiroshi Hagiwara, hari ini berkata, pendaki wanita itu jatuh ketika sedang berehat pada ketinggian 1,984 meter selepas beliau dan empat rakannya tiba di puncak.

Kei Tanigushi, wanita jepun yang maut. - AP
Kei Tanigushi, wanita jepun yang maut. – AP

ARTIKEL YANG SAMA