Pendakian ke kemuncak Gunung Everest tertangguh

Pendakian ke kemuncak Gunung Everest tertangguh

KATHMANDU, Nepal, 18 Mei (AP) – Angin kencang menangguhkan berpuluh pendaki yang cuba untuk mencapai kemuncak Gunung Everest, kata pegawai pendaki gunung hari ini.

Angin tersebut menyukarkan pendaki untuk membuat percubaan mereka bagi mencapai ke kemuncak tetapi tidak mencetuskan bahaya, kata Gyanendra Shrestha, seorang pegawai di Jabatan Pendakian Gunung, Nepal di kem pangkalan di Everest. Pendakwa diturunkan ke kem–kem lebih rendah di cerun gunung tertinggi dunia itu untuk menunggu keadaan cuaca menjadi baik.

Hampir 88 pendaki mencapai kemuncak 8,850 meter (29,035 kaki) sejak beberapa hari lalu, yang menandakan kejayaan pertama pendaki berikutan dua tahun bencana yang mengakibatkan gunung dalam keadaan kosong.

Runtuhan salji dicetuskan oleh gempa bumi kuat membunuh 19 pendaki dan mencederakan 61 yang lain di kem itu tahun lepas. Pada 2014, 16 pemandu jalan Sherpa terbunuh akibat runtuhan di atas kem pangkalan.

Musim pendakian tahun lepas dihentikan, dan hampir kesemua pendaki pada 2014 menghentikan usaha pendakian mereka selepas runtuhan itu.

ARTIKEL YANG SAMA