Pendakian percubaan catat kejayaan

Pendakian percubaan catat kejayaan

KUNDASANG, 2 Dis (Bernama) – Pendakian percubaan ke puncak Gunung Kinabalu menggunakan laluan baharu berjaya dilaksanakan apabila kesemua 135 pendaki, termasuk 55 pendaki warga asing, berjaya sampai ke puncak gunung tertinggi di Asia Tenggara itu kira-kira pukul 7.45 pagi.

Pendakian yang turut disertai oleh pendaki solo Gunung Everest negara Ravi Chandran merupakan kumpulan pendaki pertama ke puncak Gunung Kinabalu selepas aktiviti pendakian ke puncak gunung itu ditutup susulan gempa bumi berskala 5.9 pada Skala Richter melanda Ranau pada 5 Jun lepas.

Antara 20 wakil media yang turut menjayakan pendakia percubaan berkenaan dan berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu setinggi 4,095.2 meter, ialah wartawan Bernama Kota Kinabalu, Noorazlina Jindeh.