Pendakwa: Park berpakat sulit dengan penasihat rapat

Pendakwa: Park berpakat sulit dengan penasihat rapat

SEOUL, 20 Nov – Pihak pendakwa Korea Selatan hari ini berkata Presiden Park Geun-Hye telah berpakat sulit dengan dua penasihat rapatnya dalam skandal rasuah dan campur tangan pengaruh yang telah mencetuskan bantahan besar-besaran di seluruh negara dan gesaan supaya beliau didakwa.

Rakan rapat Park, Choi Soon-Sil hari ini telah didakwa dengan tuduhan memaksa dan menyalahgunakan kuasa, sebagai salah seorang bekas penolong presiden.

Seorang lagi penolong presiden telah didakwa membocorkan dokumen sulit kerajaan.

“Presiden telah memainkan peranan pakatan sulit dalam bahagian besar kegiatan jenayah yang melibatkan tiga orang,” kata Lee Young-Ryeol, pendakwa Seoul yang mengetuai penyiasatan ke atas skandal itu.

Choi, 60 tahun, dituduh menggunakan hubungan rapatnya dengan Park untuk campur tangan dalam hal ehwal kerajaan dan memaksa firma-firma tempatan untuk ‘menderma’ lebih AS$60 juta kepada yayasan tidak untung yang disangsikan. Dia kemudian dikatakan menggunakan beberapa jumlah dari dana itu bagi kepentingan diri.

Pembantah Korea Selatan berarak ke arah kediaman presiden semasa satu rapat menyeru peletakan jawatan Presiden Korea Selatan Park Geun-hye di Seoul, Korea Selatan semalam. Buat empat minggu berturut-turut orang ramai dijangka mengadakan rapat di beberapa kawasan utama di pusat bandar Seoul bagi menuntut peletakan jawatan presiden Park yang mana pendakwa rancang untuk menyiasatnya tidak lama lagi bagi satu skandal politik menggegarkan. – AP

Park berdepan tuduhan bahawa beliau telah membantu Choi mengeluarkan wang dari firma-firma dan beliau telah mengarahkan para penolongnya membocorkan dokumen kerajaan kepada Choi, yang tidak mempunyai gelaran rasmi atau kebenaran keselamatan.

Di bawah perlembagaan presiden yang sedang memimpin tidak boleh didakwa dengan tuduhan kesalahan jenayah melainkan menderhaka atau memberontak. Tetapi beliau masih boleh disiasat oleh pihak pendakwa dan mungkin di dakwa selepas tidak lagi memegang jawatannya.

Lee mengakui bahawa pihak pendakwa tidak boleh secara rasmi mendakwa Park pada masa ini, tetapi berikrar akan terus menyiasatnya. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA