Pendakwa raya kes rasuah dapat sokongan padu

Pendakwa raya kes rasuah dapat sokongan padu

BRASILIA, 6 Ogos – Pendakwa raya tertinggi Brazil, yang sudah mendakwa berbelas anggota politik kerana disyaki mengamalkan rasuah dalam skandal makan suap Petrobras, meraih sokongan daripada rakan-rakannya agar kekal dengan jawatannya selama dua tahun lagi.

Persatuan pendakwa raya persekutuan mengundi pada semalam untuk mencadangkan nama Rodrigo Janot kepada Presiden Dilma Rousseff bagi satu penggal lagi sebagai pendakwa raya negara.

Rousseff dijangka mencalonkan Janot, tetapi masih belum jelas sana ada beliau akan memenangi pengesahan oleh Senat kerana ketua Dewan Pertuanan, Senator Renan Calheiros, adalah salah seorang anggota perundangan yang sedang disiasat.

Janot memasukkan nama Calheiros dalam senarai 32 anggota politik yang beliau kemukakan ke Mahkamah Agung pada Mac keran disyaki menerima rasuah daripada firma kejuruteraan hasil kontrak yang ditingkatkan kosnya dengan Petroleo Brasileiro.