Pendakwa tinggi Mesir terbunuh

Pendakwa tinggi Mesir terbunuh

KAHERAH, 30 Jun (Agensi) – Pendakwa tinggi Mesir, Hisham Barakat, telah terbunuh dalam satu serangan bom pada keretanya di Kaherah, menurut kata pegawai.

Barakat meninggal disebabkan kecederaan yang teruk dialaminya di hospital selepas serangan bom di pinggir bandar Heliopolis, menurut jurucakap kerajaan.

Media setempat berkata sekurang-kurangnya lapan lagi cedera dalam serangan itu.

Satu gerakan yang digelar “Tentangan Popular Giza” mengaku bertanggungjawab di atas serangan tersebut.

Seorang wanita memegang potret pendakwa tinggi Mesir Hisham Barakat yang telah terkorban dalam satu serangan bom. – Reuters
Seorang wanita memegang potret pendakwa tinggi Mesir Hisham Barakat yang telah terkorban dalam satu serangan bom. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA