Pendapatan asas rakyat Swiss mungkin ditolak

Pendapatan asas rakyat Swiss mungkin ditolak

GENEVA, 6 Jun – Pengundi Swiss semalam dijangka menolak satu cadangan radikal untuk memberikan semua penduduk dengan pendapatan asas, tanpa memerlukan sebarang pekerjaan, keputusan dan ramalan menunjukkan.

Ramalan negara menunjukkan 78 peratus daripada pengundi Swiss telah menentang inisiatif tersebut, menurut angka yang diberikan oleh institut pengundian gfs.bern kepada penyiar awam RTS satu jam selepas pengundian ditutup pada tengah hari.

Keputusan itu tidak mengejutkan. Tinjauan pendapat sebelum pengundian menandakan lebih 70 peratus daripada pengundi Swiss menentang langkah berkenaan.

Unjuran menunjukkan 66 peratus daripada pengundi telah menerima cadangan kerajaan untuk mempercepat proses perlindungan negara.

Enam puluh satu peratus juga berkata “ya” kepada satu permintaan untuk membenarkan ujian genetik embrio sebelum mereka dimasukkan ke dalam rahim dalam kes persenyawaan in vitro, menurut unjuran.

Di dunia, penduduk Swiss ditanya sama ada mereka mahu semua rakyat Swiss, serta warga asing yang telahpun menjadi penduduk sah selama sekurang-kurangnya lima tahun, untuk menerima pendapatan asas tanpa syarat, atau UBI.

Kumpulan di sebalik inisiatif itu telah mencadangkan membayar 2,500 francs Swiss sebulan kepada setiap orang dewasa, da 625 francs untuk setiap kanak-kanak.

Referendum itu keluar selepas reformis mengumpul lebih daripada 100,000 tanda tangan yang diwajibkan untuk mengadakan undi popular, satu ciri tetap demokrasi langsung Swiss.

Namun idea tersebut bersifat kontroversi sejak dari awal di Switzerland, sebuah negara yang menghargai kerja keras – dan kerajaan dan hampir kesemua parti politik telah menggesa pengundi supaya menolak skim tersebut. – AFP