Pendapatan fiskal China meningkat 6.5 %

Pendapatan fiskal China meningkat 6.5 %

BEIJING, 15 April (Bernama) – Pendapatan fiskal China meningkat pada suku pertama ketika ekonomi menunjukkan tanda untuk stabil, lapor agensi berita Xinhua.

Pendapatan fiskal naik 6.5 peratus tahun ke tahun kepada 3.89 trilion yuan (AS$607.8 bilion) pada Januari hingga Mac, katanya memetik Kementerian Kewangan.

Pertumbuhan itu adalah 0.7 peratus lebih tinggi daripada seluruh tahun lalu dan meningkat cepat sedikit daripada dicatat pada dua bulan pertama.

Pada suku pertama, perbelanjaan fiskal melonjak 15.4 peratus kepada 3.8 trilion yuan manakala pertumbuhan perbelanjaan kerajaan tempatan melebihi perbelanjaan kerajaan pusat.

ARTIKEL YANG SAMA